Followers

Saturday, February 12, 2011

Kenapa kita boleh teringat kat orang secara tiba-tiba???

Assalamualaikum semua...


Huh, hari ni aku buat blog baru... Dalam versi Bahasa Malaysia la... Hehehehe...


Topik hari ni ada kaitan dengan persoalan sikit. Dah lama sangat aku mahu tahu tentang perkara ni... Jadi tak salahkan untuk korang kongsi pendapat korang??

Korang penah tak tiba-tiba je teringat atau terimbas kat seseorang? Maksud aku seseorang ni orang yang langsung tiada kaitan dengan korang. Nak cakap tak kenal tu mustahil la kan??? Mesti la kenal, tapi mungkin tak rapat atau tak pernah bertegur sapa pun dengan orang tu... Kalau terimbas pula bukanlah time-time korang ternampak gambarnya ka, barang-barang yang ada kaitan dengannya ka dan sebagainya, tapi bila korang tengah buat sesuatu atau terfikir sesuatu yang tiada kaitan dengan orang tu langsung. Pernah tak korang alami sesuatu yang begini??? Kenapa boleh terjadinya perkara begitu ya??? Apa maksudnya jika kita tiba-tiba teringat kat orang tu???


Hem, banyak jugalah jawapan yang aku dapat dari orang-orang sekeliling aku. Ada yang berpendapat kalau kita tiba-tiba teringat seseorang tu, tandanya orang tu pun tengah ingat kat kita. Ada juga yang cakap kita rindu kat orang tu dan macam-macam lagi la...


Tapi kalau kita fikir secara logiknya, macam mana kita nak suka kat orang tu kalau kita tak pernah bercakap pun dengan dia??? Kalau dah suka tak dapat apatah lagi rindu kan??? Huh, susah kan mau tahu jawapan bagi persoalan yang begini??? Macam mana pula kalau orang tu dah tak ada dalam dunia ni lagi??? Takkan kita nak cakap kita suka kat orang tu??? Dan takkan kita nak cakap orang tu ingat kat kita??? Huhuhu...


Aku ada terbaca juga blog orang yang tulis tentang perkara ni. Dia pun tulis pasal terimbas kat orang yang dia tak rapat secara tiba-tiba. Blogger nya ialah N.art . Pada mulanya aku ingatkan perkara ni hanya berlaku kat aku sorang je, rupanya ada juga orang lain yang rasa gitu. Hehehehe. Gembira la juga, sekurang-kurangnya aku tak dianggap aneh kan??? =)


Dalam blog N.art ni, dia tulis tentang teringat kat orang secara tiba-tiba. Orang yang dia maksudkan sama macam aku cakapkan tadi. Dan cara pengimbasannya adalah secara tanpa diminta, tanpa dipaksa dan tanpa terlihat sesuatu yang berkaitan dengan orang tu. Jadi maksudnya, kalau kita ternampak barang-barang atau gambar seseorang secara automatik memang kita akan teringat atau terimbas orang tu. Tapi yang ini lain, wajah orang tu tiba-tiba je muncul tanpa lihat apa-apa objek pun. Contohnya macam yang N.art tulis, kalau kita pandu kereta, tiba-tiba kita boleh terimbas wajah orang tu. Anehkan??? 


Ya la, mana mungkin kita akan ingat orang yang tiada kaitan dengan kita sembarangan kan. Lagi pun, tak terfikir pun mau ingat orang tu. Mungkin juga ada yang pernah mengalami situasi begini, tapi tak peduli sangat mau tahu kenapa. Tapi bagi aku, aku mau sangat-sangat tahu kenapa boleh jadi gitu. Ya la, tiba-tibakan pandai jadi gitu. Tak ke rasa hairan. Kadang-kadang, tengah syok-syok susun barang muncul muka orang tu. Huh, mengeluh panjang dibuatnya. =)


Mau luah dengan kawan takut plak, nanti apa plak cakap diorang kan?? Hem, jadi biarlah aku cerita kat sini. Mungkin ada yang sudi dengar luahan hati aku ni, mungkin juga ada yang sudi komen. Harap-haraplah. =) 


Wasalam.

1 comment:

  1. salam sya dri blogger forever imperfect..nama saya miza.. sya nak tanya mcm mna pulak kita pernh couple ngan dia..tapi kita x pernah syg kat dia.. tapi bila putus.. teringat blik kenangan kita ngan dia.. apa maksudnya???

    ReplyDelete